Andaian Perakaunan
- Usaha berterusan
-Mengandaikan sesebuah perniagaan akan beroperasi dalam jangka masa yang tidak terbatas.
- Tempoh Perakaunan
-Bagi tujuan penilaian prestasi laporan kewangan boleh dibahagikan kepada tempoh tertentu dan berkala.
- Mata Wang Stabil
-Diandaikan tidak mengambilkira perubahan nilai sesuatu mata wang, Kuala beli adalah malar.
Prinsip perakaunan
1. Prinsip Catatan Bergu
Huraian: Setiap urusniaga mesti dicatat di bahagian debit dan kredit dengan jumlah yang sama.
2. Prinsip Kos Sejarah
Huraian: Semasa merekod perolehan aset atau perkhidmatan, nilai kos semasa perolehan perlu diambil. Kos ini termasuk semua kos yang perlu dilibatkan untuk menyediakan aset itu dalam keadaan boleh guna.
3. Wang Sebagai Ukuran
Huraian: Semasa membuat rekod perakaunan, hanya urus niaga yang dapat dinilai dengan wang ringgit akan direkod dan wang ringgit sesebuah negara itu yang akan digunakan sebagai unit ukuran urus jiaga.
4. Entiti Berasingan
Huraian: Urusan perniagaan dan pemilik perniagaan dianggap sebagai dua
badan yang berasingan.
5. Realisasi/ Pengiktirafan Hasil
Huraian: Perniagaan hanya akan mengiktiraf hasil dalam tempoh hasil diperoleh, bermaksud barang/perkhidmatan telah diserahkan
kepada pelanggan dan obligasi
wujud.
6. Prinsip Keobjektifan
Huraian: Rekod perakaunan yang dibuat mesti berasaskan bukti dokumen yang sahih.
7. Prinsip Kematerialan
Huraian: Sebelum sesuatu urus niaga direkodkan, perlu dilihat kesan kematerialan kepada amaun urus niaga sama ada signifikan ke atas perniagaan, ia menegaskan bahawa amaun aset yang terlalu kecil dan tidak signifikan kepada kedudukan kewangan perlu dianggap sebagai belanja hapus kira.
8. Prinsip Ketekalan
Huraian: Sesuatu polisi atau kaedah perakaunan yang dipilih perlu digunakan secara tekal dan berterusan.
9. Prinsip Konservatisme
Huraian: Bermaksud prinsip berhati-hati dimana semua belanja yang mungkin berlaku perlu diambil kira manakala hasil diiktiraf apabila ia telah direalis.
10. Prinsip Pemadanan
Huraian: Hasil yang diperoleh dalam sesuatu tempoh akan dipadankan dengan semua belanja yang terlibat untuk mendapatkan hasil dalam tempoh yang sama bagi menentukan untung atau rugi perniagaan.
11. Prinsip Pendedahan Penuh
Huraian: Memerlukan perniagaan memberi pendedahan penuh terperinci tentang semua maklumat yang memberi kesan kepada pengguna penyata kewangan untuk membuat keputusan.
12. Prinsip Akruan
Huraian: Bermaksud semua belanja yang belum dibayar tetapi telah dilibatkan dalam tempoh perakaunan direkod sebagai liabiliti semasa, manakala hasil yang telah diperoleh dalam tempoh semasa tetapi belum diterima bayaran tunai direkod sebagai aset semasa.