BAB 1 : ASAS PERAKAUNAN KEWANGAN
Maksud perakaunan : Merangkumi skop yang lebih luas daripada simpan kira, iaitu melibatkan proses menganalisis, mentafsir dan melapor maklumat kewangan kepada pihak berkepentingan.
Maksud simpan kira : Merupakan satu kemahiran, mengenal pasti, mengelas Dan merekod urusniaga secara bersistem.
Kepentingan Perakaunan
1. Membolehkan perniagaan beroperasi
2. Sebagai alat kawalan
3. Memberi kesan pada polisi perniagaan dan swam.
4. Sebagai alat yang menyampaikan maklumat perniagaan.
Proses Perakaunan
Mengenal pasti-->Merekod-->Mentafsir-->Menganalisis-->Melapor-->Merancang
Bidang-Bidang Perakaunan Lain
I. Perakaunan Pengurusan
II. Perakaunan Kos
III. Pengauditan
IV. Percukaian
Sejarah Perakaunan
-Seni perakaunan yang berdasarkan sistem matematik logik iaitu sistem catatan bergu telah difahami oleh orang di Itali sebelum tahun 1495 sewaktu Luca Pacioli (1445-1517) juga dikenali sebagai Friar Luca Dal Borgo.
1. Penghujung tahun 1970 penglibatan dlm IASC bermula penggunaan IAS.
2. Pada tahun 1980, MIA bersama MACPA (MICPA) telah menerbit piawaian perakaunan untuk kegunaan pelaporan kewangan di Malaysia dinamakan MAS.
3. Pada tahun 1997, selepas Akta Pelaporan Kewangan 1997 dikuatkuasakan, dua buah badan bebas ditubuhkan untuk mengambil tanggungjawab bagi penetapan piawaian perakaunan iaitu :-
a) FRF yang mengawal selia aktiviti operasi MASB.
b) MASB menerbitkan, meneliti, menambahbaik dan menyelia penggunaan piawaian perakaunan.
4. Tahun 2005, MAS ditukar kepada FRS.
5. Tahun 2011, FRS ditukar kepada MFRS.
Syarikat di Malaysia wajib mematuhi keperluan yang diperuntukkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan Piawaian MFRS dan juga peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh agensi-agensi kawal selia yang lain seperti Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi tujuan pelaporan kewangan yang diterbitkan.
Pengguna penyata kewangan
- Pengguna dalaman
1. Kakitangan organisasi dan kesatuan sekerja--Maklumat perakaunan tentang prestasi dan kedudukan kewangan organisasi untuk mengetahui gambaran yang wajar mengenai bonus mereka.
2. Pihak pengurusan--Menilai keputusan pengurusan yang lepas, mengawal aktiviti operasi, membuat rancangan dan keputusan untuk masa depan.
- Pengguna Luaran
1. Pelabur sedia ada-- Mengetahui nilai modal yang dilaburkan serta pulangan dividen.
2. Bakal pelabur/rakan kongsi-- Mengetahui potensi perniagaan.
3. Pemberi pinjaman/kreditor-- Menilai kebolehan perniagaan untuk membayar balik hutang bersama faedah atas pinjaman.
4. Pemiutang-- Mengetahui kestabilan perniagaan dan kemampuannya untuk menjelaskan hutang.
5. Penganalisis kewangan-- Mengetahui kestabilan perniagaan dan kemampuan perniagaan dan mengukur risiko yang mereka akan hadapi dan digunakan sebagai asas untuk membuat keputusan.
6. Agensi kerajaan, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Saham Kuala Lumpur-- Menentukan kepatuhan perniagaan kepada undang-undang yang telah ditetapkan dan menentukan jumlah cukai yang harus dikenakan.
Etika dalam profesion perakaunan
- Keobjektifan- Akauntan professional tidak akan berkompromi dengan keprofesionalan dan kepentingan atau konflik yang boleh mempengaruhi pihak tertentu.
- Intergriti- Akauntan mesti menyampaikan pandangan dan penilaian mereka secara professional sama ada positif atau negatif. Mereka tidak boleh mempunyai konflik kepentingan diri yang boleh mempengaruhi proses mengambil tindakan atau membuat keputusan dalam menjalankan tugas mereka.
- Berhati-hati- Semua maklumat organisasi perlu dirahsiakan oleh akauntan. Maklumag tersebut hanya boleh didedahkan bagi memenuhi peraturan professional atau peraturan undang-undang kerajaan sahaja.
- Perlakuan professional/Kempeten- Akauntan perlu mengekal pengetahuan dan kemahiran professional pada tahap yang dikehendaki oleh pelanggan atau majikan untuk memperoleh perkhidmatan professional yang kempeten.
没有评论:
发表评论