nota stpm

2019年12月5日星期四

Prinsip perakaunan

1.2 PRINSIP PERAKAUNAN


Andaian Perakaunan

  • Usaha berterusan

-Mengandaikan sesebuah perniagaan akan beroperasi dalam jangka masa yang tidak terbatas.


  • Tempoh Perakaunan

-Bagi tujuan penilaian prestasi laporan kewangan boleh dibahagikan kepada tempoh tertentu dan berkala.


  • Mata Wang Stabil 

-Diandaikan tidak mengambilkira perubahan nilai sesuatu mata wang, Kuala beli adalah malar.


Prinsip perakaunan

1. Prinsip Catatan Bergu
Huraian: Setiap urusniaga mesti dicatat di bahagian debit dan kredit dengan jumlah yang sama.  

2. Prinsip Kos Sejarah
Huraian: Semasa merekod perolehan aset atau perkhidmatan, nilai kos semasa perolehan perlu diambil. Kos ini termasuk semua kos yang perlu dilibatkan untuk menyediakan aset itu dalam keadaan boleh guna.

3. Wang Sebagai Ukuran
Huraian: Semasa membuat rekod perakaunan, hanya urus niaga yang dapat dinilai dengan wang ringgit akan direkod dan wang ringgit sesebuah negara itu yang akan digunakan sebagai unit ukuran urus jiaga. 

4. Entiti Berasingan
Huraian: Urusan perniagaan dan pemilik perniagaan dianggap sebagai dua 
badan yang berasingan. 

5. Realisasi/ Pengiktirafan Hasil
Huraian: Perniagaan hanya akan mengiktiraf hasil dalam tempoh hasil diperoleh, bermaksud barang/perkhidmatan telah diserahkan
kepada pelanggan dan obligasi
wujud.

6. Prinsip Keobjektifan
Huraian: Rekod perakaunan yang dibuat mesti berasaskan bukti dokumen yang sahih.

7. Prinsip Kematerialan
Huraian: Sebelum sesuatu urus niaga direkodkan, perlu dilihat kesan kematerialan kepada amaun urus niaga sama ada signifikan ke atas perniagaan,  ia menegaskan bahawa amaun aset yang terlalu kecil dan tidak signifikan kepada kedudukan kewangan perlu dianggap sebagai belanja hapus kira.

8. Prinsip Ketekalan
Huraian: Sesuatu polisi atau kaedah perakaunan yang dipilih perlu digunakan secara tekal dan berterusan.

9. Prinsip Konservatisme
Huraian: Bermaksud prinsip berhati-hati dimana semua belanja yang mungkin berlaku perlu diambil kira manakala hasil diiktiraf apabila ia telah direalis.

10. Prinsip Pemadanan
Huraian: Hasil yang diperoleh dalam sesuatu tempoh akan dipadankan dengan semua belanja yang terlibat untuk mendapatkan hasil dalam tempoh yang sama bagi menentukan untung atau rugi perniagaan.

11. Prinsip Pendedahan Penuh
Huraian: Memerlukan perniagaan memberi pendedahan penuh terperinci tentang semua maklumat yang memberi kesan kepada pengguna penyata kewangan untuk membuat keputusan.


12. Prinsip Akruan
Huraian: Bermaksud semua belanja yang belum dibayar tetapi telah dilibatkan dalam tempoh perakaunan direkod sebagai liabiliti semasa, manakala hasil yang telah diperoleh dalam tempoh semasa tetapi belum diterima bayaran tunai direkod sebagai aset semasa.









2019年12月4日星期三

Nota Perakaunan STPM penggal 1 (part 1)

BAB 1 : ASAS PERAKAUNAN KEWANGAN


1.1 Pengenalan kepada perakaunan kewangan

Maksud perakaunan : Merangkumi skop yang lebih luas daripada simpan kira,  iaitu melibatkan proses menganalisis, mentafsir dan melapor maklumat kewangan kepada pihak berkepentingan.

Maksud simpan kira : Merupakan satu kemahiran, mengenal pasti, mengelas Dan merekod urusniaga secara bersistem.

Kepentingan Perakaunan
1. Membolehkan perniagaan beroperasi
2. Sebagai alat kawalan
3. Memberi kesan pada polisi perniagaan dan swam.
4. Sebagai alat yang menyampaikan maklumat perniagaan.

Proses Perakaunan
Mengenal pasti-->Merekod-->Mentafsir-->Menganalisis-->Melapor-->Merancang

Bidang-Bidang Perakaunan Lain
I. Perakaunan Pengurusan
II. Perakaunan Kos
III. Pengauditan
IV.  Percukaian

Sejarah Perakaunan
-Seni perakaunan yang berdasarkan sistem matematik logik iaitu sistem catatan bergu telah difahami oleh orang di Itali sebelum tahun 1495 sewaktu Luca Pacioli (1445-1517) juga dikenali sebagai Friar Luca Dal Borgo.

1. Penghujung tahun 1970 penglibatan dlm IASC bermula penggunaan IAS.

2. Pada tahun 1980, MIA bersama MACPA (MICPA) telah menerbit piawaian perakaunan untuk kegunaan pelaporan kewangan di Malaysia dinamakan MAS.

3. Pada tahun 1997, selepas Akta Pelaporan Kewangan 1997 dikuatkuasakan,  dua buah badan bebas ditubuhkan untuk mengambil tanggungjawab bagi penetapan piawaian perakaunan iaitu :-
a)  FRF yang mengawal selia aktiviti operasi MASB.
b)  MASB menerbitkan,  meneliti, menambahbaik dan menyelia penggunaan piawaian perakaunan.

4. Tahun 2005, MAS  ditukar kepada FRS.

5. Tahun 2011, FRS ditukar kepada MFRS.

Syarikat di Malaysia wajib mematuhi keperluan yang diperuntukkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan Piawaian MFRS dan juga peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh agensi-agensi kawal selia yang lain seperti Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi tujuan pelaporan kewangan yang diterbitkan.

Pengguna penyata kewangan


  • Pengguna dalaman
1. Kakitangan organisasi dan kesatuan sekerja--Maklumat perakaunan tentang prestasi dan kedudukan kewangan organisasi untuk mengetahui gambaran yang wajar mengenai bonus mereka. 


2. Pihak pengurusan--Menilai keputusan pengurusan yang lepas, mengawal aktiviti operasi, membuat rancangan dan keputusan untuk masa depan.


  • Pengguna Luaran

1. Pelabur sedia ada-- Mengetahui nilai modal yang dilaburkan serta pulangan dividen.

2. Bakal pelabur/rakan kongsi-- Mengetahui potensi perniagaan.

3. Pemberi pinjaman/kreditor-- Menilai kebolehan perniagaan untuk membayar balik hutang bersama faedah atas pinjaman.

4. Pemiutang-- Mengetahui kestabilan perniagaan dan kemampuannya untuk menjelaskan hutang.

5. Penganalisis kewangan-- Mengetahui kestabilan perniagaan dan kemampuan perniagaan dan mengukur risiko yang mereka akan hadapi dan digunakan sebagai asas untuk membuat keputusan.

6. Agensi kerajaan, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Saham Kuala Lumpur-- Menentukan kepatuhan perniagaan kepada undang-undang yang telah ditetapkan dan menentukan jumlah cukai yang harus dikenakan.

Etika dalam profesion perakaunan


  • Keobjektifan- Akauntan professional tidak akan berkompromi dengan keprofesionalan dan kepentingan atau konflik yang boleh mempengaruhi pihak tertentu. 
  • Intergriti- Akauntan mesti menyampaikan pandangan dan penilaian mereka secara professional sama ada positif atau negatif. Mereka tidak boleh mempunyai konflik kepentingan diri yang boleh mempengaruhi proses mengambil tindakan atau membuat keputusan dalam menjalankan tugas mereka.
  • Berhati-hati- Semua maklumat organisasi perlu dirahsiakan oleh akauntan.  Maklumag tersebut hanya boleh didedahkan bagi memenuhi peraturan professional atau peraturan undang-undang kerajaan sahaja. 
  • Perlakuan professional/Kempeten- Akauntan perlu mengekal pengetahuan dan kemahiran professional pada tahap yang dikehendaki oleh pelanggan atau majikan untuk memperoleh perkhidmatan professional yang kempeten.